Friday, 5 August 2011

KENYATAAN MEDIA.....

BIRO PENDIDIKAN KEADILAN
SIARAN UMUM
ISU SEBENAR DISEBALIK PERLETAKKAN JAWATAN 24 JAM  NAIB CANSELOR UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Naib Canselor UNISEL, Datuk Rosti Saruwono telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 2 Ogos 2011 yang berkuatkuasa 24 jam. Alasan yang beliau berikan adalah akibat tekanan kepimpinan UNISEL terutama dalam memaksa beliau melucutkan jawatan tiga pegawai kanan UNISEL. YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UNISEL telah menerima perletakkan jawatan tersebut pada 3 Ogos 2011. Sehubungan dengan itu, satu jawatan khas siasatan yang terdiri dari tiga ahli Lembaga Pengarah UNISEL turut ditubuhkan dalam usaha memantapkan lagi universiti tersebut selaras dalam usaha memertabatkan UNISEL sebagai universiti yang mengakar perubahan.

Seperti dijangka isu ini telah menjadi sensasi dan dijadikan isu politik oleh UMNO menerusi media-media massa mereka terutama Utusan Malaysia, TV3 serta blog-blog pro-UMNO. Ini jelas terbukti ia mendapat slot muka depan Utusan Malaysia bertarikh 2 Julai 2011. Tidak ketinggalan berita ini diperuntukkan lebih 10 minit waktu siaran Buletin Utama TV3 yang mewancar Datuk Rosti sendiri serta Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Dato’ Noh Omar serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khalid Nordin.
           
            Isu yang diwawarkan oleh Datuk Rosti adalah tekanan pimpinan UNISEL serta keengganan beliau menurut arahan melucutkan jawatan tiga pegawai kanan UNISEL.  Pegawai-pegawai kanan yang dimaksudkan adalah Hjh Rokmaa Mat (Pendaftar), Prof Dr Khalifah Othman (Dekan Fakulti Perniagaan) dan Halid Hasbullah Boestamam (Pengarah Pemasaran).
           
Sehubungan dengan itu, bagi menjelaskan isu ini dan merungkai permasalahan sebenar UNISEL, Biro Pendidikan KEADILAN berpendapat beberapa persoalan perlu dirungkai terlebih dahulu oleh Kerajaan Negeri Selangor serta pengurusan UNISEL.

            Persoalan yang perlu ditimbulkan adalah :

  1. Apakah maksud tekanan pimpinan UNISEL? Bukankah Datuk Rosti selaku Naib Caselor merupakan pimpinan utama UNISEL. Jika benar dia ditekan oleh pimpinan UNISEL, adalah jelas beliau ketua pentadbir yang amat lemah hingga tidak mampu bukan mengemudi universtiti tersebut malah hingga tiada upaya menyatukan barisan kepimpinan kanan universiti.
  2. Adakah arahan pelucutan jawatan dari Menteri Besar? Menerusi maklumat yang diperolehi, ketig-tiga pegawai ini tidak dilucutkan jawatan. Malah jawatan Dekan dan Pengarah bukan jawatan hakiki. Ia boleh ditukar oleh pengurusan sesebuah universiti sekiranya berlaku keperluan mendesak atau penjawat tidak melaksanakan tugas dengan sewajarnya. Apa yang  sebenarnya berlaku adalah ketiga-tiga pegawai ini sama ada ditukar atau kembali ke jawatan asal mereka. Ini adalah dalam usaha memantapkan lagi pengurusan UNISEL yag dilihat bermasalah.
  3. Siapakah pula sebenarnya ketiga-tiga pegawai tersebut? Apakah latarbelakang politik mereka? Apa masalah yang ditimbulkan oleh mereka? Biro Pendidikan KEADILAN berpendapat, pihak kerajaan negeri serta pengurusan UNISEL perlu menjelaskan dengan lebih terperinci apakah yang mereka lakukan hingga menyebabkan mereka tidak lagi diberi amanah tersebut.  Umpamanya bagaimana prestasi Pendaftar sejak dilantik oleh mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr. Khir Toyo. Proses perlantikkan Hjh Rokmaa itu sendiri tidak melalui proses yang sewajarnya. Begitu juga dengan Halid Hasbullah. Proses perlantikkan beliau oleh Datuk Rosti tidak melalui tatacara proses kenaikkan pangkat yang betul hingga menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan lain Itu belum diambilkira prestasi beliau sebagai Pengarah Pemasaran yang mana terbukti jumlah kemasukkan pelajar baru jatuh mendadak sejak beliau memegang jawatan tersebut. Sengaja atau tidak? Beigitu juga dengan Dekan Falulti Perniagaan tersebut. Terdapat desas-desus yang berlaku masalah dalam pentadbiran beliau selaku Dekan. Ini perlu jawapan segera agar dapat menyangkal dakwaan media milik UMNO yang mendakwa ini semua tekanan politik.
  4. Pentadbiran Datuk Rosti sendiri sejak bulan Mac 2009 nyata gagal memertabatkan UNISEL. Malah kerap bertentangan dengan aspirasi kerajaan negeri Selangor yang sangat berusaha memertabatkan perkembangan ilmu. Bukan itu sahaja, beberapa penyelewangan dalaman turut berlaku dan perlu disiasat dengan seberapa segera oleh kerajaan negeri Selangor.
  5. Tindakan terbaru beliau adalah membatalkan disaat akhir  program bersama mahasiswa yang sepatutnya dilaksanakan pada 21 Julai 2011. Beliau mengeluarkan arahan ringkas membatalkan program tersebut pada 20 Julai 2011 walhal program telah mendapat izin penggunaan dewan UNISEL Shah Alam serta dirasmikan oleh Exco Negeri Selangor. Alasan yang diberikan cukup mengecewakan malah hingga beliau mengeluarkan kenyataan yang tiada tokoh KEADILAN boleh masuk ke UNISEL hatta Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Tindakan beliau sendiri melambangkan kecetekkan kefahaman beliau terhadap aspirasi pendidikan yang sebenar. Beliau langsung tidak dapat membezakan ahli politik berjawatan kerajaan dengan ahli politik berjawatan politik. Apa beza Menteri dengan Exco Negeri Selangor? Jika mereka yang punya jawatan dalam kerajaan negeri Selangor tidak boleh hadir ke majlis dalam sebuah organisasi milik kerajaan negeri, apa guna jadi pentadbir negeri?

Biro Pendidikan KEADILAN berpendapat jawapan-jawapan ini perlu diperolehi menerusi panel yang telah dlantik oleh YAB Menteri Besar Selangor.  Perletakkan jawatan tersebut bukan akibat tekanan politik tetapi akibat kelemahan kepimpinan beliau sendiri serta tindakan beliau yang terlalu nyata berpihak dengan politik jumud. Ini terbukti dengan tindakan beliau membela ketiga-tiga pegawai yang sejak dari dulu jelas menentang aspirasi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

HJ ABAS AWANG
Pengerusi BIRO PENDIDIKAN KEADILAN 

No comments:

Post a Comment