Friday, 5 August 2011

KENYATAAN MEDIA.....

BIRO PENDIDIKAN KEADILAN
SIARAN UMUM
ISU SEBENAR DISEBALIK PERLETAKKAN JAWATAN 24 JAM  NAIB CANSELOR UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Naib Canselor UNISEL, Datuk Rosti Saruwono telah mengemukakan surat perletakkan jawatan pada 2 Ogos 2011 yang berkuatkuasa 24 jam. Alasan yang beliau berikan adalah akibat tekanan kepimpinan UNISEL terutama dalam memaksa beliau melucutkan jawatan tiga pegawai kanan UNISEL. YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UNISEL telah menerima perletakkan jawatan tersebut pada 3 Ogos 2011. Sehubungan dengan itu, satu jawatan khas siasatan yang terdiri dari tiga ahli Lembaga Pengarah UNISEL turut ditubuhkan dalam usaha memantapkan lagi universiti tersebut selaras dalam usaha memertabatkan UNISEL sebagai universiti yang mengakar perubahan.

Seperti dijangka isu ini telah menjadi sensasi dan dijadikan isu politik oleh UMNO menerusi media-media massa mereka terutama Utusan Malaysia, TV3 serta blog-blog pro-UMNO. Ini jelas terbukti ia mendapat slot muka depan Utusan Malaysia bertarikh 2 Julai 2011. Tidak ketinggalan berita ini diperuntukkan lebih 10 minit waktu siaran Buletin Utama TV3 yang mewancar Datuk Rosti sendiri serta Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Dato’ Noh Omar serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khalid Nordin.
           
            Isu yang diwawarkan oleh Datuk Rosti adalah tekanan pimpinan UNISEL serta keengganan beliau menurut arahan melucutkan jawatan tiga pegawai kanan UNISEL.  Pegawai-pegawai kanan yang dimaksudkan adalah Hjh Rokmaa Mat (Pendaftar), Prof Dr Khalifah Othman (Dekan Fakulti Perniagaan) dan Halid Hasbullah Boestamam (Pengarah Pemasaran).
           
Sehubungan dengan itu, bagi menjelaskan isu ini dan merungkai permasalahan sebenar UNISEL, Biro Pendidikan KEADILAN berpendapat beberapa persoalan perlu dirungkai terlebih dahulu oleh Kerajaan Negeri Selangor serta pengurusan UNISEL.

            Persoalan yang perlu ditimbulkan adalah :

  1. Apakah maksud tekanan pimpinan UNISEL? Bukankah Datuk Rosti selaku Naib Caselor merupakan pimpinan utama UNISEL. Jika benar dia ditekan oleh pimpinan UNISEL, adalah jelas beliau ketua pentadbir yang amat lemah hingga tidak mampu bukan mengemudi universtiti tersebut malah hingga tiada upaya menyatukan barisan kepimpinan kanan universiti.
  2. Adakah arahan pelucutan jawatan dari Menteri Besar? Menerusi maklumat yang diperolehi, ketig-tiga pegawai ini tidak dilucutkan jawatan. Malah jawatan Dekan dan Pengarah bukan jawatan hakiki. Ia boleh ditukar oleh pengurusan sesebuah universiti sekiranya berlaku keperluan mendesak atau penjawat tidak melaksanakan tugas dengan sewajarnya. Apa yang  sebenarnya berlaku adalah ketiga-tiga pegawai ini sama ada ditukar atau kembali ke jawatan asal mereka. Ini adalah dalam usaha memantapkan lagi pengurusan UNISEL yag dilihat bermasalah.
  3. Siapakah pula sebenarnya ketiga-tiga pegawai tersebut? Apakah latarbelakang politik mereka? Apa masalah yang ditimbulkan oleh mereka? Biro Pendidikan KEADILAN berpendapat, pihak kerajaan negeri serta pengurusan UNISEL perlu menjelaskan dengan lebih terperinci apakah yang mereka lakukan hingga menyebabkan mereka tidak lagi diberi amanah tersebut.  Umpamanya bagaimana prestasi Pendaftar sejak dilantik oleh mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr. Khir Toyo. Proses perlantikkan Hjh Rokmaa itu sendiri tidak melalui proses yang sewajarnya. Begitu juga dengan Halid Hasbullah. Proses perlantikkan beliau oleh Datuk Rosti tidak melalui tatacara proses kenaikkan pangkat yang betul hingga menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan lain Itu belum diambilkira prestasi beliau sebagai Pengarah Pemasaran yang mana terbukti jumlah kemasukkan pelajar baru jatuh mendadak sejak beliau memegang jawatan tersebut. Sengaja atau tidak? Beigitu juga dengan Dekan Falulti Perniagaan tersebut. Terdapat desas-desus yang berlaku masalah dalam pentadbiran beliau selaku Dekan. Ini perlu jawapan segera agar dapat menyangkal dakwaan media milik UMNO yang mendakwa ini semua tekanan politik.
  4. Pentadbiran Datuk Rosti sendiri sejak bulan Mac 2009 nyata gagal memertabatkan UNISEL. Malah kerap bertentangan dengan aspirasi kerajaan negeri Selangor yang sangat berusaha memertabatkan perkembangan ilmu. Bukan itu sahaja, beberapa penyelewangan dalaman turut berlaku dan perlu disiasat dengan seberapa segera oleh kerajaan negeri Selangor.
  5. Tindakan terbaru beliau adalah membatalkan disaat akhir  program bersama mahasiswa yang sepatutnya dilaksanakan pada 21 Julai 2011. Beliau mengeluarkan arahan ringkas membatalkan program tersebut pada 20 Julai 2011 walhal program telah mendapat izin penggunaan dewan UNISEL Shah Alam serta dirasmikan oleh Exco Negeri Selangor. Alasan yang diberikan cukup mengecewakan malah hingga beliau mengeluarkan kenyataan yang tiada tokoh KEADILAN boleh masuk ke UNISEL hatta Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Tindakan beliau sendiri melambangkan kecetekkan kefahaman beliau terhadap aspirasi pendidikan yang sebenar. Beliau langsung tidak dapat membezakan ahli politik berjawatan kerajaan dengan ahli politik berjawatan politik. Apa beza Menteri dengan Exco Negeri Selangor? Jika mereka yang punya jawatan dalam kerajaan negeri Selangor tidak boleh hadir ke majlis dalam sebuah organisasi milik kerajaan negeri, apa guna jadi pentadbir negeri?

Biro Pendidikan KEADILAN berpendapat jawapan-jawapan ini perlu diperolehi menerusi panel yang telah dlantik oleh YAB Menteri Besar Selangor.  Perletakkan jawatan tersebut bukan akibat tekanan politik tetapi akibat kelemahan kepimpinan beliau sendiri serta tindakan beliau yang terlalu nyata berpihak dengan politik jumud. Ini terbukti dengan tindakan beliau membela ketiga-tiga pegawai yang sejak dari dulu jelas menentang aspirasi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

HJ ABAS AWANG
Pengerusi BIRO PENDIDIKAN KEADILAN 

Wednesday, 20 July 2011

Friday, 8 April 2011

LAPORAN POLIS OLEH KETUA BIRO PENDIDIKAN

Majalah porno disebar ke sekolah, KEADILAN lapor polis

SHAH ALAM: Tidak puas menyebar komik lucah bertajuk ‘Kisah Juara Raja Lawak’ bagi mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat, pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) terus memainkan sentimen politik lucah, kali ini dengan menyebarkan majalah porno di sekolah.

Hal itu disedari Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang yang menerima majalah porno berjudul ‘Kisah Seorang Sifu Teragung Di Abad Ini. Mentor 5 Bersama Berganding Bahu Mengejar Impian Yang Satu, Tunjuk Ajarku Sifu‘ daripada seorang guru Sekolah Kebangsaan Meru di Persiaran Hamzah, Kapar pagi tadi.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, majalah  16 halaman itu penuh dengan gambar bogel yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diubah suai.

“Majalah itu penuh gambar bogel yang menjijikkan. Gambar lelaki tersebut diubah suai dengan gambar kepala Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan badan orang lain,” katanya ketika dalam perjalanan  membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, jam 6.30 petang ini.

Mengulas lanjut, beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan menyuarakan kebimbangannya berikutan majalah porno itu turut diedar ke sekolah dan dikhuatiri jatuh ke tangan murid.
“Kita bimbang sekiranya majalah itu diterima pelajar sekolah dan tidak mustahil akan banyak lagi masalah sosial remaja. Perkara ini perlu dibanteras secepat mungkin memandangkan sudah menular ke sekolah,” katanya.

Sunday, 3 April 2011

Sunday, 27 March 2011

27 Mac 2011- MESYUARAT AJK BIRO

Mesyuarat AJK Biro Pendidikan  KEADILAN PUSAT di Pusat Khidmat YB di Shah Alam.
Di pengerusi oleh Tuan Hj Abas Awang.

Saturday, 19 February 2011

KENYATAAN AKHBAR

Tawaran Ganjaran Muhyiddin Hanya Gimik Hadapi PRU13
Sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari lalu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik sebagai berkata pada Majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen  Antarabangsa Putrajaya(PICC):

“Tahun lalu saya umumkan tawaran baru (Bai'ah) untuk pengetua dan guru besar sebagai salah satu daripada inisiatif dibawah NKRA pendidikan. Kita tetapkan mana-mana sekolah yang berjaya melepasi sasaran tertentu, guru besar dan guru-gurunya menerima ganjaran kewangan”

“Setahun selepas tawaran baru diumumkan kita dapati jumlah guru besar yang berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan adalah diluar jangkaan. Bukan lagi 2% seperti yang disasarkan tetapi 12.1% iaitu bertambah sebanyak 600% (iaitu 924 orang guru besar yang disenarai pendek)

“Setiap guru besar yang layak akan menerima RM7,500 seorang. Lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang”

Biro Pendidikan Parti Keadilan Rakyat berpandangan dasar Kementerian Pelajaran sentiasa berubah mengikut perubahan Menteri Pelajaran tanpa kajian yang menyeluruh dan mendalam serta tidak pula merujuk pada mereka yang benar-benar pakar dalam bidang pendidikan.

Pendidikan dilihat seakan-akan menjadi kekuda ahli politik untuk mencapai hasrat dan agenda peribadi.
Kenyataan di atas jelas menunjukkan Menteri Pelajaran menggunakan jawatan beliau untuk meluaskan pengaruh kerjaya politiknya.

Adalah satu perkara yang sangat luar biasa jika  dalam masa hanya satu tahun prestasi guru besar dan sekolah telah meningkat 600 peratus.

Untuk peningkatan yang begitu luar biasa sudah tentu melalui berbagai aktiviti atau proses yang luar biasa tetapi yang kita lihat sepanjang tahun lepas program di sekolah rendah dan menengah tidak banyak berubah. Malahan terdapat prestasi sekolah yang semakin merosot.

Saya mencabar Menteri Pelajaran supaya menyenaraikan aktiviti serta program yang luar biasa itu untuk dihayati oleh seluruh warga pendidikan dan masyarakat umum supaya aktiviti dan strategi ini menjadi budaya baru dalam arena pendidikan Negara.

Ini akan menjadi contoh strategi baru di peringkat dunia namun saya yakin pencapaian ini tidak berlaku sebagai mana didakwa. Ianya hanyalah gimik politik sahaja bagi menghadapi PRU13 semata-mata.

Kenyataan Muhyiddin seperti memperbodohkan Menteri Pelajaran  sebelumnya yang  seolah-olah tidak tahu dan tidak cekap menjalankan tugas.

Beliau juga mencerminkan seakan-akan guru besar dan pengetua  selama ini bekerja demi ganjaran wang.
Bila Menteri Pelajaran mengumumkan pemberian ganjaran barulah guru besar dan pengetua berkerja berhabis-habisan kerana inginkan imbuhan.

Kenyataan tersebut merupakan penghinaan kepada guru besar, pengetua dan guru  di Malaysia.

Berdasarkan pengalaman selama 34 tahun dalam profesion pendidikan sebagai Pengetua, Ketua Penolong Pengarah, Pengarah Institiut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Pengarah Maktab Perguruan Ilmu Khas, Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah dan  Pengarah Pelajaran Wilayah Kuala Lumpur, saya dapati guru besar, pengetua dan guru bekerja secara jujur dan ikhlas sehingga ada yang tidak mengetahui jumlah gaji yang diterima.

Saya akur proses memilih guru besar dan pengetua cemerlang adalah sukar dan mengambil masa yang panjang.

Bagaimana Kementerian Pelajaran sekarang bertindak begitu cepat untuk menilai prestasi guru besar, pengetua dan guru yang bilangannya ratusan ribu dalam masa yang singkat?

Tambahan pula bilangan Jemaah Nazir yang terhad mampu menilai prestasi dalam jangkamasa yang begitu singkat?

Apabila penilaian yang dibuat secara tidak telus, jujur  dan ikhlas, ia  akan menimbulkan konflik dalam pendidikan.

Konflik ini akan melemahkan lagi Struktur Pentadbiran Pendidikan. Bilamana guru besar yang kurang baik prestasinya  mendapat ganjaran manakala mereka yang bekerja keras (pada anggapan mereka ) tetapi  tidak mendapat ganjaran akan mewujudkan konflik kepentingan.

Hasilnya berlaku penurunan prestasi kerja yang lebih dahsyat lagi.

Kenyataan menteri membuktikan Barisan Nasional  menerima tekanan yang hebat apabila Parti Pakatan Rakyat (PR) menawarkan kenaikan imbuhan RM500 kepada setiap guru jika berjaya ke Putrajaya. 

Tawaran ini adalah sangat adil, jujur dan ikhlas untuk Memertabatkan Profesion Keguruan di Malaysia.
Tawaran ini dibuat untuk menarik golongan pelajar yang pintar dan cerdas menceburi bidang perguruan.
Melalui guru-guru yang cerdas dan pintar akan melahirkan pelajar yang berketrampilan, kreatif dan berinovasi. Dengan itu akan ujudlah generasi baru yang cemerlang.

Haji Abas Haji Awang
Ketua Biro Pendidikan
Parti Keadilan Rakyat